Khamis, 1 Mac 2012

Ops Mai Pulai

 سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِي
assalamualaikum semua..
lama da  x meng update blog ni sbb sibuk dengan kerja..
sgt2 sibuk sekarang ni..aktiviti terlampau padat..
dan yg terkini pada 26 hb feb 2012 yg lepas 
sy terlibat dengan satu operasi yg dinamakan
Ops Mai Pulai(dalam bahasa iban ni)
di terjemah kan pada bahasa melayu plak,
Operasi membawa pulang..
operasi ni bkn operasi keselamatan or peperangan,
tp operasi membawa pulang seorang
Wira negara berbangsa iban.
cuma dy ni x terkenal mcm Lt Adnan or
mcm citer Bukit Kepong tu..
dy yg sy maksud kn Mendiang Penghulu Imban ak Medan..
dy ni seorg tuai rumah dan merangkap ketua kaum Iban 
di zaman pemerintahan British dulu,
dy ni ada pingat yg di kurnia kan oleh Ratu Elizebert ke II 
klu x silap sy lah..mendiang ni mati sbb di bunuh oleh
pengganas komunis di rumah pnjang dy pd 25 feb 1972..
klu nk tau lebih lanjut tentang sejarah dy,
leh search kt google la ea..taip je Penghulu Imban ak Medan
maybe ada semua sejarah mcm ner dy mati n jasa2 dy pd 
masyarakat,kaum dy dan negara
semasa pemberontakan komunis.
tujuan ops ni di laksanakan kerana
nk bawa pindah kan makam
dy blik ke tmpat or kg asal dy lah iaitu di Nanga Skuau..
menurut cerita anak cuci mending,semasa waris dy nk kebumikan mendiang,
pihak komunis sgt kejam, tak benarkan waris dyorg kebumikan mayat beliau..
pihak komunis suruh dyorg buang
mayat mendiang ke dlm sungai,
namun  waris beliau tekad jugak dan 
mengebumikan mayat beliau di Ulu sg Oya
di Nanga Skuau dengan cara kecemasan..banyak jasa mendiang semasa hayat beliau 
kepada masyarat dan bangsa dy..kt bawah ni ada beberapa gambar yg sy ambil semasa 
majlis pemindahan makam beliau,pada sy pulak,sy sgt beruntung kerana berpeluang 
dan mempunyai pengamalan untuk melihat sendiri cara n adat bangsa iban di Sarawak ni melakukan 
upacara penggalian semula makam Penghulu Imban ni dengan cara tradisi dan adat istiadat iban..

 jalan masuk ke makam mendiang 
Penghulu Imban ak Medan yg baru

 semasa upacara pengalian semula di makam yg lama..
 Istiadat mengarak keranda ke persemadian yg baru..


 upacara 'miring' mengikut adat istiadat kaum iban..

 keranda mendiang yg baru tiba di jeti sg Ulu Oya
dan akan di bawa ke tapak semadian yg baru..

sy sempat bergambar dihadapan makam baru Penghulu Imban ak Medan..

ni adalah link berita yg kua masa majlis persemadian semula..

http://www.hmetro.com.my/articles/SisarangkaPenghuluImbanyangdibunuhpengganaskomunis40tahunlaluakandisemadikansemula/Article

apa pun pngalaman yg sy dapat hari tu sangat bermakna dalam hidup sy dan entry ni sy wt sbagai tatapan
masyarakat yg mungkin x mngenali beliau sebagai perwira negara,bangsa dan kaum beliau sendiri....

babai...

Lagenda Dunia Setan















Jumaat, 16 Disember 2011

Malaysian Army Internasional Run 2011

assalamulaikum...lama da x jenguk blog yg x seberapa indah ni..cuma sekarang ni hati rasa nk mengarang la pulak.apa pon esok sy ada misi penting untuk sy laksanakan.maruah formasi 1 Divisyen ada di bahu sy yg sy harus pikul dan laksanakan.latihan pesat dan teruk da sy lalui selama tiga bulan yang amat perit.dan akhirnya esok adalah harijadi yg sebenarnya.gementar pon ada,tp hati ni tetap yakin yg sy mampu buat.petang td kami dah buat tinjauan trek atau pon laluan untuk larian esok.apa yg difahamkan laluan hanya 22km,tapi setelah melihat sendiri laluan petang tadi,laluan tu da jd 40km..fuhh..memang jauh sangat-sangat..jd,dikesempatan ini sy minta doa dari rakan semua.doakan sy dapat melaksanakan larian esok dengan baik dan berjaya dengan cermerlang..harap dapat johan,walaupun larian esok mempunyai pesaing yg hebat dari luar negara dan acara yg melibatkan luar negara ni baru pertama sy ikut.doakan kejayaan sy ok..terima kasih semua..

 harap-harap no ni bawa tuah utk esok

Isnin, 4 Julai 2011

Jodoh:Jangan mencari terlalu sempurna...♥

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, 
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN 
ia semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT 
oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu 
dan mungkin ia akan MENDERITA 
selagi ia masih hidup.


Begitulah juga .........


Setelah kamu memberi banyak 
PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai 
MENYAYANGIMU 
hendaklah kamu 
MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu 
meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan 
TERLUKA oleh kenangan bersamamu 
dan mungkin TIDAK dapat 
MELUPAKAN 
segalanya selagi dia mengingatmu. ...


Jika kamu menadah air biarlah berpada, 
jangan terlalu mengharap pada takungannya 
dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... 
cukuplah sekadar keperluanmu. ...
Apabila sekali ia retak.... 
tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... 
Akhirnya ia dibuang....


Sedangkan jika kamu cuba 
memperbaikinya mungkin ia 
masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, 
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya 
dan janganlah kamu menganggapnya 
begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. 
Apabila sekali dia melakukan 
KESILAPAN bukan mudah bagi 
kamu untuk menerimanya.... 
akhirnya kamu KECEWA 
dan meninggalkannya.


Sedangkan jika kamu 
MEMAAFKANNYA 
boleh jadi hubungan kamu akan 
TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu. 
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, 
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan 
kamu tidak boleh memakannya. 
Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah 
bertemu dengan seorang insan..... 
yang pasti membawa 
KEBAIKAN kepada dirimu. 
MENYAYANGIMU. ..
MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah, 
cuba MEMBANDINGKANNYA 
dengan yang lain.


Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan 
KEHILANGANNYA apabila 
dia menjadi milik orang lain... 
Kamu juga yang akan MENYESAL.....
~renungan bersama~

Khamis, 16 Jun 2011

Cara-Cara Mengkhusyukkan Solat

Cara-cara mengkhusyukkan solat ini dipetik daripada buku ‘Hidup Bertaqwa’ yang ditulis oleh Al-Ustaz Hj. Ismail Kamus. Marilah kita sama-sama renungkan dan amalkan semoga solat kita diterima olehNya, Insyaallah. Mudah-mudahan solat kita tidak menjadi kain buruk yang dilemparkan ke muka kita akibat tidak khusyuk. 
1. Sentiasa melaksanakan solat secara berjemaah. 
2. Menjaga makan minum terjamin halalnya. 
3. Memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
4. Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat. 
5. Mengambil wudhu’ dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apakala air melalui di tiap-tiap anggota. 
6. Memakai pakaian yang bersih dan suci. 
7. Tempat sujud dipastikan tiada gambar yang mengganggu fikiran. 
8. Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup. 
9. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya. 
10. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita. 
11. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir. 
12. Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An-Nas, salawat ke atas Nabi S.A.W., Istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan. 
13. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam solat. 
14. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat. 
15. Memanjangkan sedikit tempoh semasa ruku’ dan sujud. 
16. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan kita bersolat. 
17. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.

Selasa, 31 Mei 2011

Ke Hadapan Bintang Jatuh.,,,

Ke hadapan bintang jatuh, 
Kau nampak tidak anak itu sedang hampir-hampir terbunuh?
Iya, dia itu yang sedang menangis di tepi tangga batu 
Iya, dia itu yang sedang sendirian tersedu-sedu. 
Dia tu sangat-sangat kasihan
Di dunia ini dia rasakan, “aduh, aku sangat sendirian” 
Tidak ada sahabat, tidak ada kawan 
Kerana baginya dia langsung tidak reti berteman.
Wahai bintang, aku ada bicara. 
Mahukah kau dengarkan andainya aku mau untuk bersuara?
Janganlah jatuh dulu, nanti-nantilah dulu 
Ada pesan aku mau kirimkan lewat suara kamu. 
Anak itu tidak tahu bagaimana untuk bangkit dan ketawa 
Kerana apa yang dilihatnya lucu tidak pula di mata mereka
Dia percaya pada kisah pari-pari dan kayangan
Dia sanggup percaya setiap perkara itu adanya kemungkinan. 
Maka mana mungkin ada yang mahu mengerti 
Hatinya terlalu murni, pastilah ramai yang akan benci 
Dia dihina kerana percaya akan sesuatu yang bernama cinta 
Dia diolok-olok, dia dibobrok-bobrok, dia dimain-main kerana cinta. 
Lalu bintang jatuh, pergikan padanya dengan halus dan hati-hati 
Kisahkan ceritaku ini agar dia mengerti 
Yang sebenarnya bukan dia yg pelik dan songsang 
Cuma dunia yang bodoh kerana sudah berhenti memandang 
Katakan padanya semua itu memang biasa
Ceritakan juga tentang bundanya 
Juga suara ayahandanya yang dulu pernah diludah-ludah 
Mereka dibaling batu, dikeji-keji, dimarah-marah
Hembuskan ke dalam hati anak itu yang sudah mula dingin
Siulkan petik gitar ayahnya lewat suara angin 
Dan nyanyikan suara bundanya ini lewat guruh 
Bilang padanya “teruskan yakin kamu anak, biarkan bergaduh!" 
Kerana kalau difikirkan orang, sampai bila 
Kalau difikirkan hati orang, cis! takkan kemana! 
Sesungguhnya manusia itu bagaikan serigala
Sekali kau suapkan jiwa kamu, sampai bila-bila mau selama-lamanya
Bintang jatuh, perlahanlah! Jangan sampai kau mencecah 
Bintang jatuh, kisahkanlah! Ke matanya yang membasah

Jumaat, 29 April 2011

For the rest of my life

I praise Allah for sending me you my love 
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know 
You`ve opened my heart 
I was always thinking that love was wrong 
But everything was changed when you came along 
And theres a couple words 
I want to say 
For the rest of my life 
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true 
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you 
For the rest of my life 
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever
I I`ll be there for you 
I know that deep in my heart 
I feel so blessed when I think of you 
And I ask Allah to bless all we do 
You`re my wife and my friend and my strength 
And I pray we`re together eternally 
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
And theres a couple word I want to say 
For the rest of my life
I`ll be with you 
I`ll stay by your side honest and true 
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you 
For the rest of my life 
Thru days and night 
I`ll thank Allah for open my eyes 
Now and forever 
I I`ll be there for you 
I know that deep in my heart now that you`re here 
Infront of me
I strongly feel love 
And I have no doubt
And I`m singing loud that 
I`ll love you eternally 
For the rest of my life 
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true 
Till the end of my time 
I`ll be loving you.loving you 
For the rest of my life 
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever 
I I`ll be there for you I know that deep in my heart

Selasa, 5 April 2011

'Seratus Lima Puluh Juta"

Untuk kali ke seratus lima puluh juta 
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama 
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?” 
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka” 

Di seratus lima puluh juta kali itu 
Di depan semua engkau tarik tangan aku 
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu 
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu 

“Dia mungkin bengis seperti singa” 
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea” 
“Dia mungkin keras bila bersuara” 
“Tapi dia jelas jujur apa adanya” 
“Aku lagi kenal dia” 

Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali 
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi 
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi 
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi 

Di setiap seratus lima puluh jutanya 
Aku pun dalam hati semacam tak percaya 
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja 
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata 

“Sayang mungkin baran tak kira masa” 
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya” 
“Sayang mungkin saja keras kepala” 
“Tapi sayang manja bila kita berdua” 
“Saya kenal sayang saya” 

Buat apa di cerita 
Bahagia kita rasa 
Biar tak dipercaya 
Peduli orang kata 

Baju ronyok tak apa 
Asal pakai selesa 
Berkilau tak bermakna 
Kalau hati tak ada 

Aku lebih bengis dari sang naga 
Tapi bisa nangis semata demi cinta 
Suaraku keras tak berbahasa 
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada 

Aku mudah baran tidak semena 
Mana boleh tahan angin cemburu buta 
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala 
Aku punya manja kau saja boleh rasa 
Rahsia kita berdua